Ejen Hartanah Bandar Tasik Puteri
Servis Ejen Hartanah Bandar Tasik Puteri
Kami adalah ejen aktif di BANDAR TASIK PUTERI dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Kami telah berjaya membantu ratusan pemilik hartanah menjual dan menyewa unit mereka. Hartanah tersebut termasuklah apartment, rumah kediaman, tanah dan bangunan komersil. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat bantuan hartanah berikut:

Semak Harga Pasaran
Kami akan dapatkan nilai harga pasaran semasa dari jurunilai hartanah atau pihak bank. Ini bagi menentukan jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada pembeli.

Analisis Pasaran Semasa
Analisis trend pasaran dan permintaan akan dilakukan untuk memposisikan hartanah anda. Langkah ini adalah paling penting untuk mempercepatkan proses jualan hartanah.

Rangkaian Hartanah
Iklan hartanah anda akan dikongsi dengan ratusan perunding hartanah di agensi kami. Kami juga mempunyai jaringan pihak bank dan peguam yang berpengalaman yang akan membantu proses jualan hartanah anda.

Iklan Bersepadu
Pemasaran melalui online dan offline secara efektif. Hartanah anda akan diiklankan di portal popular; Facebook, Google, Propertyguru, Iproperty dan banyak lagi. Kami akan pastikan iklan hartanah anda dilihat secara meluas.
Kawasan Bandar Tasik Puteri
Mempunyai 34 bahagian iaitu BTP 1 hingga BTP 34. Kawasan berdekatan; Batu Arang, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Desa Puteri, Kundang, Puncak Alam, Rawang, Tasik Biru, Tiara Putra, Puteri, Matang Jaya, Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Sri Putra, Ijok, Saujana Rawang, Desa Coalfields, Bukit Kapar, Meru dan Kuala Selangor.
Jika anda berminat melantik Ejen Hartanah untuk urusan jual beli atau sewa hartanah boleh isikan borang yang disediakan ini atau klik butang di bawah untuk whatsapp saya.